
Penglibatan dalam Organisasi & Komuniti
Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Sungai Kantan
Sebagai Timbalan Pengerusi KRT Sungai Kantan, saya berperanan memastikan komuniti setempat terus diperkukuh melalui program kebajikan, keselamatan, serta keharmonian masyarakat. Di bawah kepimpinan bersama, KRT Sungai Kantan berjaya dikenali sebagai antara KRT terbaik di Selangor, khususnya dari aspek pengurusan keselamatan dan kerjasama dengan agensi berkaitan.
Antara program yang telah saya kendalikan dan terlibat:
- 10 Ogos 2025 – Majlis Jamuan Perpisahan Penolong Pegawai Perpaduan Hulu Langat.
- 12 Ogos 2025 – Penggambaran KRT oleh Media Selangor sebagai pengiktirafan atas pencapaian KRT terbaik di Selangor.
- 16 Ogos 2025 – Lawatan Kerja & Program OSCAR bersama Ketua Polis Daerah Kajang, Selangor.
- 23 Ogos 2025 – Program Tadika Perpaduan Aktif & Ceria Zon Kajang.
- 20 September 2025 – Semarak Sambutan Maulidul Rasul 1447H.
- 5 Oktober 2025 – Program Jaringan Prihatin Selangor: “Kebajikan & Keselamatan Suri Rumah”.
- 29 Julai 2025 – Program Pendekatan Holistik bersama masyarakat dalam menangani isu anjing liar.
Surau Al-Islahiyah, Sungai Kantan, Kajang
Sebagai Pengerusi Biro Pengurusan Program, Sajian & Keraian, saya bertanggungjawab menyusun, mengelola, serta memastikan kelancaran pelbagai program berbentuk kerohanian, kebajikan, dan kemasyarakatan. Fokus utama adalah untuk mengimarahkan surau sebagai pusat ilmu, ibadah, serta ukhuwah masyarakat setempat.
Antara program yang telah saya kendalikan dan terlibat:
- 20 September 2025 – Sambutan Maulidul Rasul Muhammad SAW di masjid.
- 10 Jun 2025 – Kenduri Silaturahim Surau.
- 11 Julai 2025 – Lawatan kerja ke Ladang Nenas, Kampung Jawang, Kuala Kangsar.
- 27 Mac 2025 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Surau.
- 7 Jun 2025 – Program Qurban di Surau.
- 17 Julai 2025 – Program Bubur Asyura.
MUAFAKAT MARA Malaysia
Dalam kapasiti sebagai Exco Pembangunan Modal Insan, saya memainkan peranan penting dalam merangka program yang menyokong pembangunan sahsiah, pendidikan, dan kepimpinan pelajar serta alumni MARA. Peranan ini menekankan usaha membentuk generasi berketerampilan yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Antara program yang telah saya kendalikan dan terlibat:
- 23 Februari 2025 – Larian MARA 2025.
- 23 April 2025 – Jamuan Terbuka Sambutan Aidilfitri MARA.
- 30 Jun 2025 – Lawatan Kunjung Hormat ke Pejabat Ketua Pengarah MARA.
- 31 Julai 2025 – Golf Unity 2025.
- 27 September 2025 – Malam Anugerah MUAFAKAT.
- 28 September 2025 – MARA Fun Run: Anak Malaysia 2025.
- 28 September 2025 – Mesyuarat Agung MUAFAKAT MARA Malaysia kali ke-23.
- 29 Disember 2024 – Solat Hajat & Bacaan Yassin Perdana MRSM 2024.
MUAFAKAT Kolej Profesional MARA Beranang
Jawatan: AJK (2023 – kini)
Menjadi sebahagian daripada pasukan yang menggerakkan pembangunan pelajar Kolej Profesional MARA melalui aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan.
MUAFAKAT MRSM Sungai Besar
Jawatan: Yang Dipertua (2019 – 2023)
Sebagai Yang Dipertua, saya mengetuai pelbagai aktiviti kebajikan, pembangunan akademik, serta hubungan alumni yang menghubungkan generasi lama dan baharu MRSM.
Persatuan Anak-Anak Jawang
Jawatan: Timbalan Yang Dipertua (2018 – kini) | Pengerusi Koperasi Anak-Anak Jawang (2015 – 2023)
Saya berperanan menyatukan anak-anak perantau Kampung Jawang dalam menggerakkan aktiviti kebajikan, ekonomi, serta hubungan silaturahim. Melalui koperasi, saya telah memperkukuh keusahawanan ahli serta membina peluang ekonomi baharu.
Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
Jawatan: Ahli Lembaga (2007 – 2017)
Menggalas tanggungjawab sebagai ahli lembaga dalam merancang strategi dan pembangunan koperasi pengguna di Malaysia.
Koperasi Kontraktor Kelas F Malaysia Berhad
Jawatan: Ahli Lembaga (2007 – 2017)
Membantu mengembangkan peranan koperasi kontraktor dalam memperkukuh ekonomi bumiputera melalui projek pembinaan dan perkhidmatan teknikal.
ANGKASA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Jawatan: Setiausaha, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2003 – 2017)
Berperanan dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi wilayah, serta membina hubungan strategik dengan koperasi di seluruh negara.
Pertubuhan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Jawatan: Ahli Lembaga Pengarah (1997 – 2010)
Menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam menghubungkan alumni dengan universiti serta menggerakkan program kebajikan, akademik, dan jaringan profesional.
Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM)
Jawatan: Ahli Jawatankuasa (2003 – 2005)
Terlibat dalam usaha memperkukuh bidang pengurusan sumber manusia melalui latihan, seminar, dan pembangunan kepakaran profesional.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jawatan: Lt. Kol. Bersekutu (PA) – ditauliahkan pada 2019 hingga kini
Sebagai Pegawai Bersekutu APM, saya terlibat dalam program kesiapsiagaan awam, kebajikan masyarakat, serta kerjasama dengan agensi keselamatan negara.