• Home
  • About
  • Aktiviti & Program
  • Artikel
  • Hubungi Saya
Join

Selamat datang ke laman rasmi Dato’ Ahmad Shamsuddin

  • Seorang pemimpin komuniti yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan kebajikan, kesejahteraan, kesukanan, perpaduan dan keselamatan penduduk. Bersama NGO yang dipimpinnya, beliau menggerakkan semangat kebersamaan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat.
"Bersatu, Berbakti, Sejahtera Bersama."

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

Semoga tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat Allah SWT kepada kita semua. Saya, bagi pihak Jawatankuasa Masjid Saujana Impian (MSI), ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah, para sukarelawan, para penyumbang serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti dan program MSI.
Bersempena tahun baru ini, barisan AJK yang dilantik bagi sesi 2026–2030 beriltizam untuk memperkukuhkan peranan masjid sebagai nadi pembangunan rohani, pusat ibadah, ilmu dan kesejahteraan ummah. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini akan digalas dengan penuh komitmen, keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Pendekatan “Mesra Jemaah” dan “Keterbukaan” akan terus menjadi teras pentadbiran kami dalam usaha menyuburkan budaya ilmu, mengeratkan ukhuwah, serta memupuk semangat kesukarelawanan dan kebersamaan dalam setiap program anjuran MSI. Dengan semangat kebersamaan ini, marilah kita merapatkan saf dan mengimarahkan masjid sebagai institusi umat Islam.
Antara perkara yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah: Penggabungan Kumpulan WhatsApp MSI - Semua makluman akan disalurkan melalui satu kumpulan rasmi sahaja. Jemaah dialu-alukan berkongsi maklumat dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.Pembukaan Borang Google Sukarelawan & AJK Biro- Termasuk penglibatan bagi program Ihya’ Ramadan. Jemaah boleh memilih untuk menyumbang sebagai AJK Biro MSI mengikut minat dan kemampuan. Pengkhususan Malam Jumaat- Malam Jumaat akan dikhususkan untuk Bacaan Yasin dan Majlis Tahlil. Jemaah yang berhajat menganjurkan Majlis Tahlil, Doa Selamat atau Majlis Kesyukuran amat dialu-alukan. Tiada Tazkirah Sebelum Solat Jumaat- Bagi mewujudkan suasana yang lebih tenang dan harmoni agar jemaah dapat menumpukan amalan sunat seperti membaca al-Quran, Surah Yasin dan Surah al-Kahfi. Tadabbur dan Tafsiran al-Quran- Program ini akan menggantikan Kuliah Subuh mingguan pada setiap hari Sabtu.Penilaian Semula Pengisian Kuliah- Penilaian keberkesanan kuliah sedia ada akan dibuat, termasuk mendapatkan maklum balas daripada para jemaah bagi penambahbaikan berterusan.
Kami turut menetapkan sasaran jangka pendek dan jangka panjang bagi memperkukuhkan pentadbiran MSI dengan komitmen sepenuhnya daripada seluruh AJK dan sokongan jemaah.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada kita semua. Marilah kita berdoa agar Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita, mengampunkan segala kekhilafan, serta membimbing kita ke jalan yang diredai-Nya. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memakmurkan Masjid Saujana Impian dengan penuh keikhlasan dan istiqamah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. DATO’ HJ AHMAD SHAMSUDDIN BIN HJ RAMLI Nazir Masjid Saujana Impian
#behappy
SUNGAI KANTAN, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Quick links
About
Contact
Laman web ini dibina dengan latihan
Copyright © 2025. All rights reserved.

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. By clicking Accept you consent to our use of cookies. Read about how we use cookies.

Your Cookie Settings

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. Read about how we use cookies.

Cookie Categories
Essential

These cookies are strictly necessary to provide you with services available through our websites. You cannot refuse these cookies without impacting how our websites function. You can block or delete them by changing your browser settings, as described under the heading "Managing cookies" in the Privacy and Cookies Policy.

Analytics

These cookies collect information that is used in aggregate form to help us understand how our websites are being used or how effective our marketing campaigns are.